Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 11, 2015

Aspuri reunion after 25 years

sejak habis sekolah, ramai kawan-kawan yang aku tak pernah jumpa lagi.  mungkin ada a few yang aku jumpa masa ambik result dulu.

kalau pernah jumpa pun, mungkin aku pergi diaorang punya wedding, ataupun diaorang datang wedding aku.  selain dari tu, mungkin ada kot terserempak kat mana-mana.  tapi itu pun sangatlah rare.


1 Januari 2015 yang lepas telah diadakan satu mini reunion.  semuanya dirancang kurang dari seminggu.  tapi yang sebenarnya, plan cuma 3 hari dan confirm nya pagi tahun baru tu jugak.  memang betul-betul last minute.


antara yang dapat hadir ialah Ateh Pidah, Rozie, Roziah, Faie, Azue, Yan, Pogee, Zila Razak dan Ani Karim.  reunion ni pun diadakan sebab kebetulan Ateh Pidah yang bermastautin di KK balik ke sini sebab ada kenduri kahwin.  kalau tak, belum tentu jadi reunion tu.


sebetulnya, aku sendiri pun tak percaya reunion tu berjaya diadakan.  dah beberapa kali plan, asyik tak jadi je.  walaupun dah diblast dalam group whatsapp, hanya 10 orang dari batch kitaorang yang dapat datang.  kita faham, masing-masing ada family yang harus diberi keutamaan.


KL Sentral yang memang central dipilih sebagai meeting point.  venue tu dipilih because it's a hub for public transport serta easily accessible dari semua arah.  untuk lepak, kitaorang pilih Secret Recipe sebab area tu tak crowded.


happy betul dapat jumpa kengkawan.  mostly rupa masing-masing masih maintain.  masih boleh kenal lah kalau terserempak kat mana-mana.  body pun maintain jugak.  biasalah kalau ada spare tyres kat mana-mana.  dah beranak-pinak dah kitaorang ni.  sebenarnya, aku lah tu yang ada spare tyres.  hehe...



maklumlah kan, kitaorang ni semua dah berpangkat ‘makcik’ hokey….!  bukan lagi sweet 17 macam 25 tahun dulu!  tapi yang bertambah vogue pun ada, sampaikan aku sendiri pun susah nak kenal.  nampak tak cik puan berbaju putih tu?  dulu dia lain sangat...!!!  *_*


memang gamat restoran tu dengan suara kitaorang.  ya lah kan, 25 tahun tak jumpa.  banyak betul cerita nak catch up.  tapi tu pun tak habis jugak.  ada benda yang lupa nak tanya.  kena buat reunion yang lain pulak.  hehe...


selain order makanan di restoran, Roziah ada bawak kuih untuk jamu kitaorang.  dia bawak cream puff, cheese tart, kuih sri muka & talam keladi.  terima kasih Roziah.  kuih-kuih ko memang sedap.  siap boleh tapaw lagi.  hehe...  semoga ko dimurahkan lagi rezeki oleh Allah.  aamiin.


masa reunion tu jugak, Ateh Pidah dan Rozi ada bawak souvenir untuk setiap orang.  Ateh Pidah bawak fridge magnet dan costume jewellery yang diperbuat dari mutiara.  sorang boleh pilih salah satu je.  tapi sesapa yang dapat dua tu, kira rezeki lah ya.  apa-apa pun, terima kasih Ateh.


Rozi pulak bagi kitaorang pin tudung.  handmade lagi.  kalau ada sesapa yang berkenan, boleh skodeng instagram dia ~ MadebyRoziRahman.  terima kasih ya Rozi.  ko memang banyak talent beb.  tabik spring kat ko  (^_^)



apa-apa pun, aku memang bersyukur dapat jumpa kengkawan lama.  ada kengkawan yang tak attend tu, rupa-rupanya tak baca whatsapp.  aku pun selalu jugak tak baca whatsapp.  nampaknya, mulai hari ni, nak kena selalu baca whatsapp supaya tak terlepas perkara penting.


hari reunion hari tu, aku tak capture banyak gambar.  adalah 3-4 ketul je.  rasa menyesal pulak.  bukan lupa.  memang aku dah set nak ambik gambar banyak-banyak.  tapi sampai kat sana, rasa teruja tu satu macam.  5 tahun bersama di Aspuri ~ makan, minum, tidur, menangis & ketawa bersama ~ memang menggamit banyak memori...


disebabkan tak ambik gambar, so gambar sendiri pun berapa nak ada.  gambar-gambar yang ada di entry ni kebanyakannya dari Rozi.  terima kasih banyak-banyak.  serta beberapa gambar lagi dari kengkawan yang lain.  terima kasih ya  (^_^)  panjang umur kita jumpa lagi, insya'Allah.

semoga ukhwah ini berpanjangan hingga ke akhir hayat.  aamiin.
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...